1. Utara Baghdad
- Pertengahan Sungai Tigris hingga ke Sungai Zab dikenali Assyria.
2. Selatan Baghdad
- Sungai Tigris dan Sungai Euphrates hampir bercantum, kawasan ini dikenali sebagai Babylon.
- Babylon dibahagikan kepada Akkad di utara dan Sumeria di selatan.
- Mesopotamia bermula di selatan iaitu Sumer / Sumeria.
- Orang Sumeria berpindah masuk dan membina petempatan & menjalankan pertanian melalui menebus guna tanah.
- Sistem pengairan boleh mengawal pengaliran air sungai.
- Aktiviti ini membawa lebihan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang bertambah.
- Petempatan awal bentuk perkampungan, berkembang secara evolusi kepada bandar dan negara kota.
- Contoh negara kota ialah Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari (terletak di sepanjang sungai dan terusan).
- Orang Sumeria dipercayai berasal dari Dataran Tinggi Asia Tengah. Penduduk negara kota Mesopotamia mempunyai semangat patrotisme yang tinggi terhadap kota masing-masing. Mereka sering berperang untuk meluaskan wilayah dan kekuasaan masing-masing.
No comments:
Post a Comment