- Mempunyai ciri fizikal yang tersendiri.
- Kawasan utama iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
- Kubu pertahanan mempunyai pelbagai bentuk pintu gerbang yang melambang kekayaan kota.
- Di dalm kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai, pasar dengan jalan lurus dan lebar.
- Pusat kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat.
- Mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri.
- Sungai dan tanah pamah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai.
- Melalui jalan laut, negara kota mudah dihubungi oleh wilayah lain.
- Jalan penghubung utama ialah Sumeria dengan kota Mari.
TAMAN TERGANTUNG BABYLON
Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak kepadaNabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750 BC). Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.
Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani seperti oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik. Sesetengah berpendapat yang lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan yang taman itu telahpun dijumpai. Tulisan pada batu itu menunjukkan sesuatu alat yang digunakan seakan-akan Skru Archimedes untuk mengangkat air ke tempat tinggi.
Menurut sesetengah sumber, taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindukan kampung halaman. Amyitis, anak kepada Raja dari kerajaan Medes, telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara. Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia bersedih. Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampung halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman.
Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul "tergantung" seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti terletak di atas beranda atau suatu teres.
Ahli geografi Yunani Strabo, yang memperihalkan tentang taman itu pada kurun pertama Sebelum Masihi, menulis "Taman tersebut adalah segi empat sama “quadrangular”, dan setiap sisi adalah sepanjang empat plethra. Ia mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain, dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak. Semua itu berongga yang berisi tanah untuk membenarkan pokok-pokok besar untuk ditanam. Tiang-tiang, ruang dan teres-teres dibina dari bata yang dibakar dan simen tampalan."
Raja Nebuchadnezzar II
2. Organisasi Sosial
- Menjadikan kehidupan negara kota lebih teratur.
Golongan Pemerintah
- Terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera, bangsawan.
Golongan Rakyat
- Rakyat bebas : petani, artisan, pedagang.
- Hamba tawanan prang.
3. Sistem Pemerintahan
- Raja merupakan pemerintah, tuhan atau wakil tuhan, pemilik negara kota, ketua pentadbir, ketua tentera dan ketua pendeta (agama).
- Sistem pemerintahan beraja bentuk teokrasi.
- Teokrasi : pemerintahan oleh tuhan / wakil tuhan berasaskan hukum agama dan sifat ketuhanan.
- Masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja sebagai tuhan kecuali Raja Naramsin di Akkad.
Raja Naramsin
- Beliau memaksa penduduk Akkad menyembahnya sebagai tuhan.
- Ini adalah kerana beliau menganggap diri terlalu agung dan menguasai wilayah luas sehingga menggelar diri sebagai ''Raja Empat Penjuru Alam''.
4. Pengkhususan Kerja
- Anggota masyarakat meninggal perkejaan sebagai petani untuk menjadi pedagang, peniaga dan artisan.
- Perdagangan terdapat di sekitar Mesopotamia dan Lembah Indus.
- Perdagangan penting bagi Mesopotamia kerana tidak menghasilkan banyak bahan mentah.
- Logam, kayu, emas dan perak dibawa masuk untuk ditukar dengan hasil pertanian.
- Terdapat pengusaha / pembuat tekstil (sejenis kain), barang tembikar dan alat keperluan harian.
- Tukang rumah : Pertambahan penduduk menimbulkan keperluanrumah kediaman yang banyak.
- Sebilangan penduduk menjadi tentera untuk mempertahankan negara kota.
5. Sistem Tulisan
- Bermula dengan bentuk bergambar, berkembang kepada bentuk simbol (ditulis pada tanah liat kerana pada masa itu kertas belum wujud).
- Tulisan pada tanah liat ini bentuk pepaku dikenali cuneiform.
Sejarah Penulisan : http://www.historian.net/hxwrite.htm :)
No comments:
Post a Comment